Remaja dan Masa Lapang

Assalamualaikum. Hye guys! Waddup?
Setelah setahun lebih, akhirnya Hogor kembali.
Alhamdulillah, struggling my 6th semester, 3rd year, Clinical Pharmacy Program, Alexandria University, Egypt.
Dalam kesibukan kehidupan seorang pelajar, still.
Banyak sangat masa lapang yang kita ada.
Kelas cancel, masa lapang.
Jumaat, masa lapang (Egypt cuti hari Jumaat je nak, Sabtu Ahad ada class cam biasa)
But the question is, adakah masa lapang kita terluang dengan sebaiknya?
 
 
Ada orang, dalam durasi 6 jam waktu lapang dia boleh tolong mak cik melintas jalan, jadi AJK Program, pergi dengar talk.
Ada orang pulak, 6 jam tu dia scroll insta. Lepas tu scroll Twitter pulak.
Tak de cerita, bukak FB, jadi mak cik bawang. 6 jam tu dia masih bergolek atas katil.
Tiba-tiba, “Eh dah final exam dah?”
Senyap-senyap doa paper esok cancel, drag pergi hari lain.
“Tolong bagi aku satu hari je lagi Ya Allah, In shaa Allah aku boleh cover semua topic ni” dush!
Bila masa lapang kita dihabiskan untuk memenuhi keinginan nafsu.
Akhirnya terhasil lah ‘syabab nafsi-nafsi’ yang makin berleluasa sekarang ni.
“Diri kau, kau punya pasal. Hal aku, lantak aku lah”
Ajak pergi kelas agama “Topik berat, bosan lah. Penat”
Akhirnya orang dah khatam bentang satu kitab.
Kau masih dalam dunia kau, bergelak ketawa sendiri dengan Variety Show Korea.
 
Siapa kita? Kenapa kita ada atas muka bumi ni?
Adakah hanya untuk menghadap buku 24 jam, tanpa hiraukan apa yang jadi kat dunia luar?
Adakah memadai dengan hanya baca berita through media yang banyak fitnah tanpa pergi dengar talk yang memang direct source dari Syria, Palestin?
Sibuk khatamkan drama, bila orang tanya soalan basic fiqh pun tak tau nak jawap apa?
 
Reach out, keluar dari comfort zone.
Keluar kenal orang dengan jadi AJK mana-mana program.
Libatkan diri dengan Persatuan, lagi-lagi yang duduk negara orang ni.
Bila rumah kena pecah masuk, visa ada masalah, semua cari persatuan tapi aktiviti persatuan tak pernah join.
Orang takdim jadi AJK, tolak.
Alasan? Mak saya hantar saya datang sini untuk belajar.
Jadi AJK tu antara proses pembelajaran jugak.
Belajar hadapi dunia sebenar, handle masalah.
“Kita buat kerja penat-penat. Brainstorm untuk aktiviti persatuan.
Orang lain bukan hargai pun. Ada je nak dimuhasabahkan”
If we keep live our life on people’s thoughts, sampai ke sudah kita tak maju.
Sebab fitrah manusia tu sendiri, kita tak sempurna.
Jadi buat apa-apa pun, niat orang tak pandang tak pa.
Yang penting Allah pandang. Sebab kita sedar, hidup kita bertuhan.

Comments

Popular Posts