Jejak Tamadun Mesir Purba, Nile Cruise (Part I)

Assalamualaikum, hye guys! waddup?,
So post kali ni nak buat ala travel log seorang Hogor demi menyempurnakan life-bucket-list nya iaitu?
Misi menjejaki Tamadun Mesir Purba dan Misi bermalam di atas Nile Cruise, Luxor Aswan.
Alhamdulillah, mission accomplished!

Bertolak selepas Zohor, saya dan 9 orang lagi sahabat bergerak dari Mahattah Sidi Gaber, Alexandria mengambil masa 4 jam perjalanan menaiki train ke Ramses Station, Cairo.
Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 3 jam menjadi sedikit lambat dek kerana train yang membawa kami bergerak as slow as turtle mungkin kerana terpaksa menampung over load opah2 ni yang bawak barang macam nak pindah terus ke Aswan. lol.
Selepas Isya' kami bertolak dari Ramses station menuju ke Aswan juga dengan menaiki train malangnya Opah2 ni semua terpaksa menanggung perjalanan yang panjang lagi di dalam train iaitu selama 14 jam. Patah pinggang.
Sejurus sampainya kami di Aswan kami terus di bawa oleh Pak Cik Mido (Egyptian Tourist Guide) ke High and Low Dam, juga Lake Naser di Aswan. Turut terdapat di kawasan berdekatan "Egyptian-Russian Friendship Tower".
Memang nama dia Friendship tower ke?
Yup! 5 pillars mewakili kelopak bunga Lotus sebagai bunga kebangsaan Egypt dan bulatan di tengah seakan-akan gear mewakili Soviet Union di atas sumbangan Machinery Technology mereka kepada Mesir.
Hari yang sama kami terus di bawa ke Philae Island Temple.
Harus kalian ketahui, rumah2 ibadat ini semua telah dibina beribu abad yang dahulu sejak dari Zaman Mesir Purba.
Namun kedudukan sebenar temple2 ini bukanlah terletak seperti mana ia berada sekarang.
Hal ini dek kerana terbinanya empangan air yang kami lawati pada awal lawatan tadi, telah memberi kesan kepada tinggalan artifak sejarah ini seterusnya memaksa para pengkaji untuk memindahkan mereka ke tempat yang lebih selamat.
Jam menunjukkan 1 tengah hari apabila kami di arah untuk bergegas menaiki bas menuju ke Cruise yang bakal kami inapi selama 4 hari 3 malam.
Cruise yang kami naiki diberi nama Ra II. Mampu memuatkan lebih dari 500 orang pada sesuatu masa.
Alhamdulillah biliknya sangat cozy dan staff semua baik. Pak Cik tu panggil I "Princess Hager", u.olls! haha.
Disebabkan Opah2 ni semua orang kampung yang jakun tak pernah naik Cruise, make terbawoklah semue perangai peghak kat depan orang 'ado-ado' dalam Cruise tu.
Lawak bila ingat balek muka masing2 bila pak cik tu offer nak angkut luggage kitorang.
Ate oghang kampongg..

Hari kedua kami di bawa ke Nubian Village, perkampungan yang menempatkan orang asli Mesir ni memang sangat cantik dan panas walaupun Mesir tengah winter.
Perkara yang menarik perhatian saya, di hadapan setiap satu rumah dalam perkampungan ini ada terdapat buaya yang diletak di dalam sangkar.
Satu kepercayaan orang-orang Nubi, buaya yang mereka ambil sedari kecil dari Lake Naser ini dapat menjauhkan mereka dari malapetaka dan perkara-perkara yang tidak baik.
Namun kepercayaan ini merupakan kepercayaan orang-orang dahulu dan tradisi ini masih diteruskan sehingga kini walaupun keseluruhan orang- orang Nubi ini telah memeluk agama Islam.
Dan jangan pandang orang asli Nubi ini tak da mata!
Pak Cik yang borak2 mengeteh dengan saya time tu merupakan pemegang Ijazah Science Computer dari Aswan University. Wow! Plus his english is daebak! double Wow!
Kalah opah2 ajet bandor ni semua hah.

Hujung hari kedua lawatan ini kami dibawa ke Aswan Botanical Garden.
Taman yang menempatkan beratus jumlah tanaman dari pelbagai sudut dunia ini diperkenalkan oleh Muhammad Ali.
Time ni lah akak2 Pharmacy merevise segala macam ilmu dalam Pharmacognosy berkenaan latin name pokok2 dan kegunaannya.
Baru rasa bertuah menghafal banyak2 facts pasal pokok dalam Cogno tu. adeiii

               
Aswan juga dikenali dengan syurga rempah ratus di mana pelbagai jenis rempah boleh kalian dapati dengan harga yang murah dan lumayan. Jangan lupa nego harga dengan Amu (Pak Cik) tu.
Tau je orang Melayu baik2 belake tapi part harga barang jangan baik sangat deh.
Depa selalu market harga tinggi melangit sebab tau kebanyakan tourist tak reti nego.
Cara nego? Sebut je harga separuh dari harga yang pakcik tu sebut.
Lepas tu naik kan sikit2 harga sampai bajet kita.
Then ulang2 harga yang kita nak tu sampai jadi.
Kalau Amu tu tak bagi jugak?
Buat2 tak nak beli, jalan slow-slow dari kedai dia.
Nanti kang tetiba keluar lah "Aiwahh.. Malizi", tandanya jadi lah tu.. haha.
Sekian tips nego harga dari Hogor yang memang kaki nego.

Comments

Popular Posts