Tingkatkan Tsaqafah

Assalamualaikum W.B.T, hye guys! wad'dup?,
Belakangan ni, banyak isu kekejaman dan penindasan terhadap umat Islam yang berjaya mendapat perhatian dan menjentik stigma ambil peduli masyarakat dunia khususnya warganegara Malaysia.
Alhamdulillah, harus saya akui dengan adanya 'medium' seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.
Maklumat dapat kita peroleh dengan pantas.
Di mana perkara yang berlaku pada waktu pagi, tidak mustahil untuk satu Malaysia mengetahuinya pada waktu petang hari yang sama.

AKAN TETAPI.
Seberapa yakinkah anda dengan maklumat yang telah anda 'google' itu?
Pastikah anda dengan apa yang anda 'forward' ke setiap 'group whatsapp' dan 'share' di dinding Facebook itu 100% tepat maklumatnya?
Lontaran pendapat, dan segala komen yang telah anda berikan itu memberikan kesan baikkah kepada si penerima?

Oleh yang demikian, post saya kali ini bertujuan untuk menggalakkan seluruh warga pengguna media sosial tidak kira peringkat usia untuk meningkatkan tsaqafah diri.
Hal ini dapat kita perolehi dengan memperbanyak bahan bacaan sekaligus memeriksa setiap perkara sama ada perkongsian ilmu atau pendapat yang bakal dikongsikan kepada rakan pengguna media yang lain.
Sejujurnya tiada senarai berkenaan 'sumber yang boleh dipercayai' telah dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa saluran yang tidak seharusnya kita sebagai orang Muslim yang mengambil berat akan saudara kita yang sudah jelas telah diratah kehormatan mereka untuk jadikan sumber.
Saluran tersebut ialah seperti akhbar CNN, Reuters, Wall Street Journal dan beberapa saluran lagi yang jelas lagi nyata telah menunjukkan bahawa mereka berpihak kepada puak yahudi.

Namun begitu bukan bermakna saluran-saluran ini tidak boleh dipercayai secara keseluruhan.
Pembaca seharusnya bijak dalam menilai sesebuah informasi sekiranya terdapat pihak tertentu mengeluarkan kenyataan yang jelas, hanya menyebelahi sesebelah pihak.
Bahan bacaan juga tidak harus disempitkan skop dengan hanya memandang kepada sesebuah pihak sahaja.

Dengan membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak, pembaca dapat memahami dengan lebih mendalam akan kejadian sebenar yang berlaku marcapada.
Selain itu, perbanyakkan bahan bacaan juga secara tidak langsung dapat membantu dalam menyemak silang seberapa maklumat yang kita telah peroleh dari media massa mahupun buah mulut orang ramai.
Sekiranya sesebuah maklumat yang kita dapati berulang dalam beberapa bahan bacaan,
in shaa Allah pengetahuan yang kita perolehi itu benar dan sahih.

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya," ~ Hamka
Beradab dan berilmu dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan kerana setiap bait kata yang terkeluar dari mulut, tertaip di papan kekunci merupakan cerminan diri kita.
Khulasahnya?
Ambil peduli. bumi ini kita duduk bukan sekadar untuk lihat dan berdiam diri.
Our ummah our concern.

Hajar Kamarul, Faculty Pharmacy, Alexandria University

Comments

Popular Posts