Fiqh Aulawiyat (Fiqh Keutamaan)

Alowp.. Assalamualaikum.. hye guys! wad'dup?!,
Setiap hari dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia, kite tak dapat lari dari membuat pilihan.
bukak mate je
'nak bangun ke tak?'
'gerak pergi kelas pukul berape?'
tapi sedar tak kite yang sebenarnya dalam Islam tu sendiri dah bagi guideline untuk kite buat pilihan yang tepat.
supaye kite tak tergesa dan salah dalam membuat pilihan yang seterusnya akan melambatkan gerak kerja Islam.

LIFE (Love Islam For Eternity) yang dianjurkan oleh PERUBATAN khusus untuk setiap ahli tahun Satu kali ini membincangkan satu topik yang amat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia secara amnya.
Fiqh Aulawiyyat, kefahaman dalam diri untuk melakukan sesuatu amalan mengikut turutan keutamaannya.
atau satu kefahaman yang melibatkan pengetahuan kita untuk membuat pilihan bilamana melibatkan banyak perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.
Islam membahagikan pilihan yang perlu diutamakan kepada 3 perkara.
1) Dururiyat (kemestian)
2) Hajiyyat (keperluan)
3) Tahsiniyyat (kesempurnaan)
Dianalogikan umpama kite nak beli sebuah rumah.
Pintu, dinding, bumbung (Dururiyat), tingkap (Hajiyyat), perhiasan rumah (Tahsiniyyat)
Dururiyyat ni pula dibahagi kepada 5 perkara
1) Agama
2) Nyawa
3) Akal
4) Keturunan
5) Harta
bermaksud jika kita diarahkan untuk berjihad di medan perang demi menegakkan Syiar Islam,
yang lebih 'Aula' (perlu diutamakan) adalah pergi berjuang dari memikirkan soal nyawa.
antara tujuan maqasid syariah dijalankan juga adalah tak lain tak bukan untuk menjaga 5 perkara ni,
kaedah untuk pilih keutamaan juga turut dikongsi oleh panel pengisi dalam slot Fiqh Aulawiyyat pada kali ini,
Di mana beliau menggariskan sekiranya pertembungan antara 2 perkara iaitu Maslahah (beri kebaikan) dan Mafsadah (memberi keburukan) dalam masa yang sama.
1) Maslahah VS Maslahah (BAIK VS BAIK)
i- Berlainan peringkat (satu Dururiyat, satu Hajiyat)
  - mengikut turutan Dururiyyat, Hajiyat dan Tahsiniyyat
ii- Sama peringkat dan jenis (due-due dari Dururiyyat, etc..)
 - dibezakan dengan mengutamakan yang Umum / mengutamakan yang Khusus
  Umum yang perlu diutamakan. Contoh keutamaan pada Rakyat dan Individu tertentu.
  Rakyat yang perlu diutamakan
2) Mafsadah VS Mafsadah (BURUK VS BURUK)
i- Mafsadah Umum VS Mafsadah Khusus
   dalam kes ini, pilihan perlu dibuat yang membawa kepada mafsadah khusus.
   Contohnya antara seorang / ramai-ramai kena tangkap. pilihan yang patut di buat?
   kepada seorang yang ditangkap daripada ramai-ramai
ii- Mafsadah besar VS Mafsadah kecil
  pilihan perlu dibuat yang membawa kepada mafsadah kecil sikit bagi mengelakkan mafsadah besar
  Contohnya kite sesat dalam hutan, lapar sampai tahap kalau tak makan, kite mati (mafsadah besar) . Atau kalau kite makan pun yang ada cuma khinzir yang boleh bagi effect infection kat kite (mafsadah kecil). Jadinya dibenarkan makan khinzir tu sedikit memadai untuk mengeluarkan kite dari berlakunya mafsadah besar. (bukan melantak satu ekor sampai kenyang tau)
iii- Mafsadah tempoh panjang VS Mafsadah tempoh pendek
  pilihan perlu dibuat yang membawa kepada Mafsadah tempoh pendek
  berubat dengan cara haram. kalau tak berubat seumur hidup tanggung kesakitan (Mafsadah tempoh panjang). Jadi dibenarkan kite berubat tapi sekadar nak galak kite untuk survive.
3) Maslahah VS Mafsadah
utamakan perkara yang tidak memberi keburukan kepada kita
 Contoh dalam perniagaan, kite dapat keuntungan dengan hasil Riba'.
Mamnu' ataupun dilarang sama sekali kerana mengutamakan perbuatan yang menjadi Mafsadah.
sekian perkongsian dari saya berkenaan LIFE 6.0, 8 April 2016 baru-baru ni.

Comments

Popular Posts